AL-KHALIL, 14 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik 18 penduduk Palestin dan mencuri wang tunai bernilai ribuan shekel dari rumah-rumah syuhada di beberapa kawasan di Tebing Barat sepanjang malam tadi.
Dalam kejadian berdekatan kota al-Khalil, tujuh penduduk Palestin termasuk sepasang suami isteri ditangkap di perkampungan Idna dan al-Koum ketika mereka cuba memasuki wilayah Palestin 1948 yang terjajah.
Tentera Zionis turut memecah masuk rumah-rumah syuhada Palestin di bandar Deir Abu Mishaal di barat laut Ramallah dan mencuri wang tunai sebelum menangkap pemuda Nidal Ataa, adik kepada syuhada Baraa Ataa.
Enam lagi penduduk Palestin termasuk dua bekas tahanan ditangkap dari rumah-rumah mereka di wilayah Tulkarem.
Pada masa yang sama puluhan askar Zionis menyerbu kawasan timur kejiranan Qabatiya di selatan wilayah Jenin dan menculik remaja Ali Kmeil serta meneyrang saudara-saudaranya selepas memecah masuk dan menggeledah rumah mereka.
Sepanjang malam tadi, tenetra Zionsi membuka sekatan jalan Hawara di selatan Nablus selepas segerombolan pendatang Yahudi menyerang penduduk Palestin di kawasan tersebut.
(Sumber: PIC, Maan)