Tentera Zionis culik 18 penduduk Palestin di Tebing Barat

NABLUS, 23 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 18 penduduk Palestin, termasuk kanak-kanak dan bekas tahanan, di beberapa wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Tentera Zionis menyerbu Kota Lama Nablus, menggeledah beberapa buah kedai dan menculik pemuda Mohamed Okal dari rumahnya. Mereka turut menyerang masuk kem pelarian al-Ein dan kejiranan al-Ma’ajin di barat Nablus, kemudian menculik dua pemuda iaitu Annan Faraj dan Samer Jabri.

Sementara di Jenin, dua pemuda iaitu Tareq Ibrahim Abu Shaduf dan Ahmad Sami Ghneim diculik ketika tentera Zionis menyerbu bandar Burqin.

Pertempuran tercetus di bandar Azzoun di Qalqilya ketika tentera Zionis menyerbu bandar tersebut, di mana penduduk membalas serangan tentera Zionis dengan membaling batu dan bom buatan sendiri. Tiga pemuda diculik dari rumah mereka dari bandar Azzoun iaitu Qasam al-Riyashi, 19, Hamza Radwan, 22, dan Raed Radwan, 23.

Di Ramallah, tiga orang diculik iaitu Qatiba al-Biyari, Abdullah al-Aziz Qathi, dan Ahmad Abu al-Sabri, 16.

Enam orang lagi penduduk Palestin diculik dari rumah-rumah mereka di al-Khalil, iaitu bekas tahanan Oweis Hashem al-Rajoub, Salama Muhammad al-Arjan, Basel Muhammad al-Fasfous, serta tiga-beradik Rezeq Fathi Ja’afra, Abdullah dan Ramzi.

Setiausaha pergerakan Fatah, Yasser Darwish, turut diculik dari daerah al-Issawiya di timur Baitulmaqdis.

Berikut adalam senarai mangsa-mangsa yang diculik:

  1. Qassam Riyashi, Azzoun – Qalqilia.
  2. Hamza Salim Radwan, Azzoun – Qalqilia.
  3. Raed Salim Radwan, Azzoun, Qalqilia.
  4. Mohammad Okal, Nablus.
  5. Anan Faraj, Nablus.
  6. Samer Jabri, Nablus.
  7. Qoteiba al-Beyari, Jifna – Ramallah.
  8. Abdullah al-Aziz Qathi – Ramallah.
  9. Ahmad Abu Sabri, kem pelarian al-Jalazoun – Ramallah.
  10. Ahmad Sami Ghneim, Burqin – Jenin.
  11. Tareq Ibrahim Shadouf, Burqin – Jenin.
  12. Oweiss Rajoub, Dour – al-Khalil. (bekas tahanan)
  13. Mohammad Salam al-Arjan, Doura – al-Khalil. (bekas tahanan)
  14. Bassel Mohammad al-Fasfous, Doura – al-Khalil.
  15. Rezeq Fathi Ja’afra, Tarqoumia – al-Khalil.
  16. Abdullah Fathi Ja’afra, Tarqoumia – al-Khalil.
  17. Ramzi Walid Ja’afra, Tarqoumia – al-Khalil.
  18. Yasser Darwish, al-‘Isawiya – Baitulmaqdis.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts