Tentera Zionis culik 18 penduduk Tebing Barat

NABLUS, 8 Okt 2017 — Tentera Zionis menculik sekurang-kurangnya 18 penduduk Palestin dalam serbuan ke beberapa kawasan di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Di timur wilayah Nablus, tiga orang pemuda diculik dari kem pelarian Askar. Tentera Zionis mengiringi puluhan pendatang Yahudi menyerbu sebuah kawasan makam di bandar Awarta di selatan Nablus untuk melakukan ritual di situ.

Manakala di kota al-Bireh tentera Zionis memecah masuk rumah Sheikh Jamal at-Tawil, seorang pemimpin kanan Hamas, dan menyerah notis supaya beliau hadir ke pengakalan tentera Ofer di Ramallah untuk disoal siasat. Sheikh Jamal baharu dibebaskan beberapa minggu lalu.

Tentera turut memecah masuk rumah dan menculik beberapa pemuda di wilayah al-Khalil. Hijazi Jaradat, iaitu abang kepada syuhada Iyat Juradat, diculik dari rumahnya di kota Sa’ir di timur al-Khalil.

Dua beradik dari keluarga Abu Sharar juga diculik dalam serbuan ke bandar Beit ar-Rush al-Fauqa di selatan al-Khalil. Seorang lagi pemuda, Mohamed al-Masalmeh, diculik dari rumahnya di bandar Beit Awwa di barat daya al-Khalil.

Tentera turut menculik pemuda Mousa Halayka dan merampas keretanya di sebuah sekatan jalan berdekatan bandar Beit Einun di timur laut al-Khalil. Ketika kejadian, Moussa sedang membawa anak perempuannya yang sakit menuju ke sebuah hospital.

Di wilayah Beit Lahm, pemuda Anas Nawawreh diculik dari rumahnya di kawasan Wadi Shahin.

Di Ramallah, lima penduduk Palestin diculik dari kejiranan Umm al-Sharayet di kem pelarian al-Jalazoun dan di sebuah sekatan jalan berdekatan perkampungan Deir Abu Mash’al.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts