Tentera Zionis culik 19 penduduk Palestin

JENIN, 30 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis malam tadi menculik 19 penduduk Palestin, dalam operasi besar-besaran memburu mereka yang disyaki terlibat dalam kejadian menyerang pendatang Yahudi semalam.

Seramai lima penduduk diculik dari kawasan-kawasan berbeza di Jenin, termasuk pemimpin Jihad Islami, Ja’far Iz el-Din, yang sebelum ini pernah dipenjara selama 10 tahun.

Dalam kejadian lain, puluhan anggota tentera Zionis memecah masuk rumah bekas tahanan Tareq Zakarneh di bandar Qabatia. Gerombolan besar anggota tentera dikerah berkawal di jalan-jalan sekitarnya, sebelum beredar beberapa jam kemudian.

Manakala sekurang-kurangnya enam pemuda termasuk bekas tahanan dan pelajar universiti di culik dalam serbuan di wilayah Nablus.

Dalam kejadian di Ramallah pula, tentera Zionis menyerbu beberapa kawasan kejiranan dan menculik seorang pemuda yang tercedera serta bapa kepada seoang tahanan yang sedang dikurung dalam penjara.

Sementara di Baitulmaqdis, tentera Zionis menculik pemuda Luay al-Rajabi dari bandar Silwan di selatan Masjid al-Aqsa.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts