Tentera Zionis culik 2 Ahli Parlimen Hamas di Tebing Barat

RAMALLAH, 27 Ogos 2020 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerbu kota Ramallah di Tebing Barat untuk menculik dua Ahli Parlimen Hamas.

Mereka melepaskan tembakan peluru hidup dan getah, serta gas pemedih mata untuk menyurai penduduk yang keluar dan cuba menghalang serbuan tersebut.

Tentera memecah masuk rumah-rumah, dan menculik Ahmad Attoun, 52, dan Abdul-Jaber Fuqaha, 54.

Ahmad Attoun adalah seorang Ahli Parlimen dari Kota Baitulmaqdis, tetapi dibuang daerah ke Tebing Barat sejak sedekad lalu.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts