Tentera Zionis culik 2 nelayan Gaza

GAZA, 30 Apr 2017 (PIC) — Tentera laut penjajah Zionis menculik dua nelayan Palestin dan merampas bot mereka di perairan utara Gaza pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai anak pemilik bot Adnan Abu Rayyala, iaitu Sha’ban, 33, dan adiknya Mohamed, 20.

Tentera Zionis dilaporkan mengepung dan melepaskan tembakan ke arah bot mangsa sebelum menangkap mereka dan menunda bot tersebut ke lokasi yang tidak diketahui.

Perjanjian Oslo 1993 menetapkan bahawa nelayan Palestin boleh keluar menangkap ikan sehingga 20 batu nautikal dari pantai Gaza. Namun sejak 18 tahun lalu rejim Zionis menyempitkan zon menangkap ikan, sehingga kepada hanya tiga batu nautikal. Nelayan dan pertubuhan hak asasi mendakwa bahawa sejak serangan pada tahun 2008-09, mereka yang turun ke laut dalam zon kurang daripada tiga batu nautikal masih diserang oleh tentera Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts