Tentera Zionis culik 20 penduduk Palestin termasuk wanita dan warga emas

AL-KHALIL, 31 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin termasuk wanita dan warga emas, kononnya mereka diburu kerana terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Seramai lima penduduk termasuk seorang wanita, Kifah Hijazi al-Zeer al-Husseini, diculik dari al-Khalil. Beliau merupakan wanita Palestin kelima diculik dari al-Khalil sejak awal bulan Jun lalu.

Lima yang lain diculik dari Ramallah, tiga dari Qalqilia, dua dari Jenin dan seorang lagi dari Beit Lahm.

Dalam kejaidan di Tulkarem, dua orang diculik termasuk warga emas Shadi Khalil Abu Khudra, 70.

Sementara seorang penduduk Baitulmaqdis, Hazem al-Ajluni, turut diculik.

Pertempuran-pertempuran tercetus di kem pelarian Dheisheh di Beit Lahm, kejiranan sebelah timur Tulkarem dan juga kota Qalqilia.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts