Tentera Zionis culik 20 penduduk Tebing Barat

RAMALLAH, 28 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis malam tadi menculik sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin dalam operasi di wilayah Tebing Barat, termasuk Nablus Qalqilya, Tulkarem dan al-Khalil.

Tiga penduduk diculik dari al-Khalil, iaitu Zayed Asama al-Rajbi, Muataz Abu Zanid, dan Maan Nayef al-Badawi.

Manakala di Tubas, dua penduduk iaitu Imad Ahmad Suwafta dan Nidal Safwan Mansour, 16, turut diculik. Empat penduduk, Anas fadel, Ahmad Mustafa Abu Leil, Wajdi Abu Salam, dan Louay Abu Jaas, diculik dari Nablus.

Dalam kejadian di Tulkarem, lapan penduduk diculik. Mereka adalah Muhammad Abed al-Kareem Hussein, Ibrahim Matrouk, Hassan Ibrahim Hassan, Ahmad Nimer Abu Jamous, Adanan Ahmad Khader dan anak lelakinya Musaab Khader, dan Hafeth Faqha bersama anak lelakinya Qassam Faqha.

Di Salfit, tentera Zionis menculik tiga penduduk iaitu Rami Shihade Shibani, Zeidan Salah Huwashin, dan Rizeq Riyan.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts