Tentera Zionis culik 24 penduduk Palestin di Tebing Barat

RAMALLAH, 2 Jan 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 24 penduduk Palestin termasuk sebilangan kanak-kanak dari beberapa kawasan di wilayah Tebing Barat malam tadi.

Di Jenin, tujuh remaja menjadi mangsa iaitu Usamah Khalil Amarinah, Muhammad Jihad Abu Bakar, Ahmad Abdullah Bani Ghurah, Ahmad Nidhal Naubani, Muhammad Adnan Makhzumi, Nurudin Khalidi, dan dua orang lainnya, Abdul Raziq Hanun, 16 dan Mutaz Abu Zaid, 16.

Sementara di Kafr Kaddum, empat penduduk diculik iaitu Alaudin Syatiwi, 26, Namer Muhammad Syatiwi, 28, Thariq Nabil Ali, 16, dan Qushai Asad Syatiwi, 15.

Lima yang lain diculik dari Nablus, iaitu Amir Isytiyeh, Ala Samih A’raj, Umar Ibrahim Tartir, Nidzal Khalaf Haji Muhammad dan Shalih Amir.

Dalam kejadian lain, pertempuran berterusan di utara Jenin selepas tentera Zionis menyerbu kawasan tersebut dan menculik lima penduduk dari beberapa lokasi.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts