AL-QUDS, 15 Dis 2016 (IMEMC) — Tentera Zionis menyerang masuk dan menggeledah puluhan buah rumah dan menculik 24 orang penduduk Palestin, termasuk sembilan orang kanak-kanak dan seorang wanita, di al-Quds sepanjang malam tadi.
Seramai 10 orang diculik dari daerah Silwan, termasuk Hanadi Sarhan iaitu isteri penduduk Palestin Samer Sarhan yang dibunuh pada tahun 2010. Penculikan turut berlaku di daerah al-‘Eesawiyya, at-Tour dan Kota Lama.