Tentera Zionis culik 26 penduduk Palestin di Tebing Barat

RAMALLAH, 15 Okt 2018 — Tentera penjajah Zionis melancarkan kempen memburu penduduk Palestin di wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis malam tadi, sekaligus menculik sekurang-kurangnya 26 orang yang dituduh terlibat dalam aktiviti anti penjajahan.

Senarai mereka yang diculik termasuk tiga orang dari wilayah al-Khalil, iaitu Muhammad Fuad Ghneimat, Marwan Abu Fara, Ragheb Youssef Maswada dan Muhammad Ahmad al-Alama.

Manakala di Beit Lahm, empat orang diculik iaitu Zaid Muhammad al-Umour, 15, Ahmad Suleiman Abu Mifreh, 15, Hamza Muhammad Salah, 20, dan Ibrahim Muhammad Asakra, 20.

Di perkampungan Abu Dis di timur Baitulmaqdis, dua orang diculik iaitu Qassam Halabiya, 19, bersama saudar kembara beliau, Jihad.

Enam yang lain diculik dari Ramallah iaitu Hassan Muhammad Asfour, Obaida Jalal Naasan, 19, Ibrahim Ramadan al-Naasan, 18, Arafat Abed al-Hafith Abu Alia, Ahmad Mahmoud Ghneimat, 20, dan Diaa Walid Hamed, 27.

Di Tulkarem pula, lima orang diculik iaitu Ahmad Mahmoud Amran, 27, Muhammad Adnan Tabal, 34, Nasser Mahmoud Shahrour, Ahmad Mahmoud Hishmeh, 17, dan Hakam Muhammad Amir, 57.

Sementara bekas tahanan Mohamed Abu Esneineh, 23, diculik dari rumahnya di kejiranan Abu Esneineh di al-Khalil. Tentera Zionis menggeledah rumah keluarga Abu Esneineh sehingga tengah malam untuk menjejak beliau, sebelum mereka memecah masuk dan menggeledah sekali lagi menjelang waktu Subuh.

Peronda tentera Zionis turut memecah masuk rumah pemimpin Hamas, Redwan Abu Thabet, di Beit Dajen, timur Nablus.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts