Tentera Zionis culik 28 penduduk Palestin di Tebing Barat & Baitulmaqdis

QALQILYA, 8 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 28 penduduk Palestin dari beberapa wilayah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis awal pagi tadi.

Kenyataan tentera menyebut semua mangsa adalah orang buruan, dan mereka dipindahkan ke pusat-pusat tahanan untuk disoal-siasat.

Malam tadi, tentera Zionis turut menyerbu bandar Azzun di Qalqilya dan menutup laluan-laluan masuk serta memecah masuk rumah-rumah penduduk, selepas sebuah kenderaan peronda mereka dibaling dengan bom Molotov.

Seramai 550 penduduk Palestin termasuk 105 kanak-kanak dan 20 wanita diculik sepanjang bulan Mac lalu.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts