
BEIT LAHM, 2 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik tiga penduduk Palestin dari wilayah Beit Lahm di Tebing Barat sepanjang malam tadi, atas tuduhan terlibat dengan aktiviti anti-penjajahan.
Dua daripada mereka, Hani Abdullah dan Ahmed Sameeh, diculik dari bandar Beit Fajjar.
Sementara itu, tentera Zionis turut menyerbu dan memecah masuk rumah-rumah di kem pelarian Aida di utara Beit Lahm, namun tiada tangkapan dibuat.
(PIC)