Tentera Zionis culik 4 nelayan Gaza, rampas bot

GAZA, 16 Ogos 2018 — Tentera laut Zionis pagi tadi melepaskan tembakan ke arah dua buah bot nelayan Palestin sebelum menculik kesemua empat nelayan dan merampas bot-bot mereka ketika belayar dalam zon satu batu nautikal dari pantai Beit Lahiya di utara Gaza.

Mangsa-mangsa dikenali sebagai Mohamed Ahmed Zayed, 58, dan anak lelakinya Tamer, 35, bersama Tawfiq al-Sultan, 50, dan Rafat al-Sultan, 48. Bot-bot mereka ditunda ke pelabuhan Zionis di Ashdod.

Ketika kejadian, semua mangsa dipaksa menanggalkan pakaian dan terjun berenang ke arah bot tentera, sebelum diculik.

Semalam, rejim Zionis mengumumkan keputusan untuk membenarkan nelayan Gaza belayar sehingga sembilan batu nautikal dari pantai, berbanding tiga batu nautikal yang ditetapkan sekarang. Perjanjian Oslo 1993 membenarkan nelayan Gaza belayar sehingga 12 batu nautikal.

(PIC, Maan, PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts