Tentera Zionis culik 6 penduduk al-Khalil dan al-Quds, curi wang

AL-KHALIL, 4 Okt 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik enam penduduk Palestin serta mencuri sejumlah wang dalam serbuan di wilayah al-Khalil dan al-Quds malam tadi.

Pasukan tentera menyerbu bandar Yatta di selatan al-Khalil dan menculik dua beradik Fadel dan Khaled Roumi. Tentera turut merampas sebuah jentolak milik bapa mereka, Mohammad Roumi.

Tentera turut menyerang masuk bandar Dhahriya yang berdekatan, di mana dua lagi penduduk diculik selepas rumah mereka dipecah masuk.

Dalam kejadian di bandar Beit Ummar di utara al-Khalil, tentera mencuri wang sejumlah US$2,500 dari sebuah rumah.

Manakala di al-Quds, dua penduduk diculik dari kejiranan Issawiya dan bandar Hizma. Seorang kanak-kanak turut diculik dari kejiranan Silwan di timur al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts