Tentera Zionis culik 8 penduduk Palestin

RAMALLAH, 13 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya lapan penduduk Palestin, termasuk seorang kanak-kanak yang tercedera, dari Tebing Barat sepanjang awal pagi tadi.

Di Ramallah, Mujahed Wajdi al-Barghouthi, 17, diculik dalam keadaan beliau tercedera selepas dipukul oleh anggota tentera berkali-kali.

Manakala di al-Khalil, tiga penduduk diculik iaitu Anas Fayez Amro, Ahmad Nasser al-Duda, dan Nasser Muhammad Hanihan.

Tiga pemuda diculik dari kota Tubas iaitu Arabi Abu Duwas, Waadi al-Shahrouri, dan Ahmad Hussein Daraghmeh. Sementara seorang penduduk, Ali Alyan, cedera diserang oleh tentera Zionis dan dikejarkan ke Hospital Turki di Tubas.

Remaja Ibrahim Nawasra, 19, dipukul teruk sebelum diculik dari bandar Fahma, selatan Jenin.

Sementara itu pertempuran tercetus di bandar Anza di selatan Jenin apabila kenderaan-kenderaan peronda tentera menyerbu masuk dan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

(Maan, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts