Tentera Zionis culik 8 penduduk Tebing Barat

AL-KHALIL, 2 Sep 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menculik lapan penduduk Palestin di wilayah al-Khalil, Beit Lahm dan Jenin dalam operasi sepanjang awal pagi tadi.

Mereka turut menculik ketua Pusat Kajian Tahanan Palestin, Ossama Shaheen, dari rumahnya di al-Khalil.

Manakala dua orang bekas tahanan, Nour al-Atrash dan Kassem Abu Hussein, diculik di selatan al-Khalil. Seorng remaja dari bandar Beit Ummar di utara al-Khalil turut menjadi mangsa.

Manakala di kejiranan Ras al-Joura di utara al-Khalil, tentera Zionis memerintah bekas tahanan Hani Muhammad al-Sherif hadir ke kem interogasi di Ofer untuk disoal siasat. Beliau dibebaskan dari penjara pada bulan November 2013 setelah menjalani hukuman penjara selama 16 tahun.

Pertempuran dilaporkan berlaku di kem pelarian Duheisheh di Beit Lahm pada jan 3:30 pagi apabila sepasukan 10 orang askar membawa anjing dan menyerang pemuda Nabaa Daoud, 19, di rumah keluarganya. Beliau mengalami kecederaan sebelum diculik. Jumaat lalu, tentera Zionis menculik ibu, kakak, adik dan pakcik Nabaa sebagai tebusan supaya beliau menyerah diri.

Seorang pemuda lain dikejarkan ke sebuah hospital untu mendapatkan rawatan kecemasan apabila cedera ditembak dengan peluru hidup dalam pertempuran tersebut.

Di Jenin pula, tentera menangkap Wissam Abu Zeid di rumah keluarganya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts