Tentera Zionis culik Ahli Parlimen Palestin

AL-KHALIL, 28 Nov 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menculik Ahli Parlimen Palestin (Palestinian Legislative Council – PLC) Azzam Nuaman Salhab, 60, dari rumahnya di kejiranan al-Hawouz di tengah wilayah al-Khalil awal pagi tadi.

Pasukan tentera mengepung rumah wakil rakyat Hamas itu dan kemudian memaksa beliau memasuki sebuah jip sebelum dilarikan.

Azzam dibebaskan dari penjara pada bulan Julai tahun lalu. Beliau pernah merengkok dalam penjara Zionis sejumlah tujuh tahun dalam lima tangkapan yang berbeza sejak menjadi wakil rakyat pada tahun 2006, semuanya di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan.

Lapan orang ahli parlimen Palestin kini berada dalam tahanan Zionis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts