Tentera Zionis culik anak perempuan Musbah

AL-QUDS, 10 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menculik anak perempuan kepada Musbah Abu Sbeih, Iman, dari rumah keluarganya di bandar al-Ram.

Tentera Zionis memcah masuk rumah keluarganya dan menculik Iman, 17, sehari selepas bapanya ditembak mati ketika menembak polis dan pendatang Yahudi di kota al-Quds.

Tidak lama selepas ayahnya dibunuh, pihak media menyiarkan video ucapan Iman yang memuji semangat jitu ayahnya dan menyebut bagaimana keluarganya telah mengucap selamat sebelum ayahnya keluar untuk menyerah diri kepada pihak rejim Zionis dan menjalani hukuman penjara selama empat bulan.

“Saya sangat bangga dengan bapa saya,” kata Iman dalam video tersebut. “Saya ucap selamat tinggal sejurus selepas solat Subuh. Saya tanya beliau, samada dia mahu saya melawatnya di penjara, tapi beliau menjawab, ‘Jagalah solat dan pelajaran kamu. Bapa harap kamu lulus dengan kepujian.'”

Petang semalam, tentera Zionis menculik bapa kepada Musbah bersama saudara lelakinya dan membawa mereka ke pusat tahanan Mascoubiya, selepas memecah masuk rumah mereka di Silwan dan al-Ram.

Seramai 17 penduduk Palestin di al-Quds diculik oleh tentera Zionis sepanjang malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Facebook menutup akaun peribadi Musbah setelah mendapat tekanan daripada rjeim Zionis, kononya sebagai langkah mengekang hasutan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts