Tentera Zionis culik bekas tahanan di al-Khalil

AL-KHALIL, 16 Jun 2017 (PIC) — Beberapa orang penduduk Palestin diculik dalam operasi tentera penjajah Zionis memburu bekas tahanan Palestin di wilayah al-Khalil awal pagi tadi.

Lima buah jip tentera dilaporkan menyerbu kota al-Khalil dan menculik bekas tahanan Ali Doufesh selepas memecah masuk rumah keluarganya. Seorang remaja, Ahmad Idris, turut diculik dari rumah keluarganya di kejiranan al-Sheikh.

Dalam kejadian di bandar Halhul di utara ak-Khalil, bekas tahanan Ayman al-Jabarat diculik di sebuah sekatan tentera sementara ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja beliau di wilayah Beit Lahm.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts