GAZA, 7 Dis 2015 (PIC) — Tentera laut Zionis menculik dua nelayan di perairan Gaza hari ini. Bot mereka turut dirampas.
Ketua persatuan nelayan Gaza, Nizar Ayyash, menjelaskan bahawa dua mangsa tersebut ditangkap dan diugut dengan senjata sepanjang perjalanan sehingga mereka tiba di pelabuhan Ashdod di selatan negara haram Zionis.
Sejak Ogos 2014, rejim telah bersetuju untuk membenarkan nelayan Gaza belayar sehingga enam batu nautikal dari pantai Gaza. Namun nelayan Gaza sering diserang walaupun masih berada di dalam zon yang dibenarkan itu, yang kemudiannya disempitkan lagi menjadi hanya tiga batu nautikal.