Tentera Zionis Culik Kanak-Kanak 12 Tahun

AL-QUDS, 19 Nov 2015 (PIC) — Tentera penjajah Zionis petang semalam menculik seorang kanak-kanak Al-Quds, Nour Jameel Abdul Rahman Gheith, ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Nour Jamel, 12 tahun, disyaki dibawa ke pusat tahanan Jabal al-Mukabbir untuk disoal siasat.

Penculikan berlaku sejurus selepas tentera Zionis menceroboh masuk kawasan kejiranan al-Thawri di Al-Quds dan melepaskan tembakan grenad pelali secara rambang ke arah pelajar.

Beberapa pelajar diserang secara agresif oleh tentera penjajah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts