Tentera Zionis Culik Kanak-kanak di Nablus

NABLUS, 7 Jan 2018 — Tentera Zionis menculik kanak-kanak Palestin Madhi Hamed Eshteyya, 16, selepas menyerang dan memukul beliau di perkampungan Salem di timur wilayah Nablus hari ini.

Madhi dipukul berterusan sehingga lebam dan luka sebelum dilarikan.

Terdahulu, dua orang penduduk Palestin diculik selepas tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah mereka di al-Khalil dan Baitulmaqdis.

Dalam kejadian di utara Ramallah, seorang pemuda cedera ditembak dengan peluru getah dan ramai yang lain mengalami sesak nafas di al-Mazra’a ash-Sharqiya, berdekatan laluan masuk sebelah barat Universiti Birzeit.

(IMEMC, PNN, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts