Tentera Zionis culik kanak-kanak Palestin ketika sedang bermain

AL-KHALIL, 16 Okt 2017 — Tentera penjajah Zionis petang tadi menculik kanak-kanak Khaled Baher, 14, di bandar Beit Umar di utara wilayah al-Khalil.

Ketika kejadian, Khaled sedang bermain bersama kawan-kawan di luar rumahnya di kawasan at-Thaher apabila tentera melepaskan tembakan peluru getah ke arah sekumpulan remaja Palestin.

Tentera Zionis menuduh Khaled membaling batu dan menangkap beliau. Penduduk cuba membebaskan Khaled namun tentera segera membawanya masuk ke dalam sebuah jip dan dilarikan ke kawasan penempatan haram Karmie Tzur sebelum dipindahkan ke lokasi lain.

(PIC, IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts