Tentera Zionis culik kanak-kanak Palestin selepas jatuh pengsan

AL-KHALIL, 27 Feb 2018 — Tentera Zionis menculik kanak-kanak Palestin, Rani al-Rajabi, selepas memukul beliau sehingga pengsan dan mencederakan puluhan yang lain di al-Khalil petang tadi.

Pasukan peronda tentera Zionis menyerbu kawasan al-Harika al-Kasara berdekatan penempatan haram Kiryat Arba dan melepaskan tembakan peluru hidup, gas pemedih mata dan grenad gas beracun secara rambang, menyebabkan puluhan penduduk cedera sesak nafas.

Rani diculik selepas beliau jatuh pengsan akibat dipukul secara ganas oleh pasukan tentera.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts