Tentera Zionis culik kanak-kanak perempuan Palestin di al-Khalil

AL-KHALIL, 1 Julai 2016 (PIC) — Tentera Zionis menculik seorang kanak-kanak perempuan Palestin berdekatan Masjid Ibrahimi di al-Khalil, atas alasan beliau membawa pisau dan cuba menikam Yahudi.

Laporan polis Zionis mendakwa bahawa kanak-kanak berumur 15 tahun itu ditangkap di sebuah sekatan tentera berdekatan Masjid Ibrahimi apabila beliau mendekati tentera Zionis secara mencurigakan. Mangsa dibawa ke sebuah pusat soal siasat.

Kurang dua jam sebelumnya, tentera Zionis menembak mati wanita Palestin Sara Daoud Tarayra atas alasan yang sama.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts