Tentera Zionis culik kanak-kanak yang masih cedera ditembak tahun lalu

BEIT LAHM, 26 Apr 2018 — Kanak-kanak Palestin Hussein Shaheen, 16, diculik oleh tentera Zionis setelah mereka meletupkan pagar dan menggeledah rumah keluarganya di kem pelarian Duheisheh di selatan Beit Lahm pagi tadi.

Hussein masih cedera dan menanggung sakit akibat ditembak dengan tiga butir peluru di bahagian kakinya oleh tentera Zionis pada bulan Disember lalu. Beliau telahpun menjalani pembedahan, namun masih sakit.

Tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah beliau dengan membawa pasukan anjing sebelum menculiknya, walaupun pasukan tentera tahu tentang kecederaan beliau.

Para penduduk yang cuba menghalang penculikan tersebut ditembak dengan peluru hidup dan gas pemedih mata.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts