Tentera Zionis culik pemimpin pergerakan Fatah di Baitulmaqdis

BAITULMAQDIS, 23 Sep 2018 — Segerombolan besar tentera Zionis menyerbu kawasan kejiranan al-Issawiya di Baitulmaqdis Timur dan memecah masuk rumah setiausaha pergerakan Fatah, Yasser Darwish, sebelum menculik beliau awal pagi tadi.

Pasukan tentera menggeledah seluruh rumah beliau serta merosakkan beberapa barangan termasuk perabot.

Susulan kejadian, pertempuran tercetus di mana kumpulan pemuda Palestin yang membaling batu ditembak dengan bom pelali.

(Maan)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts