Tentera Zionis culik pemuda Palestin di mahkamah Salem

JENIN, 15 Okt 2017 — Tentera Zionis menculik seorang pemuda Palestin di pintu masuk utama ke mahkamah tentera Salem di utara Tebing Barat.

Tentera mengepung dan menutup kem tentera Salem, mengurung semua peguam dan ahli keluarga tahanan yang berada di dewan utama sejurus selepas menangkap pemuda tersebut.

Malam tadi, lebih 14 penduduk Palestin diculik dari seluruh wilayah Tebing Barat.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts