Tentera Zionis culik penduduk Palestin bersama 3 anak-anaknya

JENIN, 18 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menyerbu kem pelarian Jenin dan mengepung sebuah rumah penduduk Palestin dan menculik ahli keluarganya.

Puluhan anggota tentera Zionis memecah masuk rumah Ahmad al-Tayyeb dan berada dalam rumah tersebut selama setengah jam. Selepas pasukan tentera meninggalkan rumah tersebut, jiran-jiran mereka mendapati Ahmad al-Tayyed dan tiga anak lelakinya Tamer, Abdul-Raouf dan Saber telah ditangkap dan dibawa lari.

Susulan kejadian, pertempuran tercetus di mana penduduk ditembak dengan peluru getah dan gas pemedih mata ketika pasukan tentera Zionis berundur keluar dari kem tersebut.

Pemuda Mahmoud Abu al-Wafa cedera ditembak dengan peluru getah dan dikejarkan ke sebuah hospital, sementara sebilangan penduduk cedera sesak nafas.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts