Tentera Zionis culik penduduk Tebing Barat, termasuk isteri tahanan

RAMALLAH, 5 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menculik sekurang-kurangnya 5 penduduk Palestin, termasuk isteri tahahan, dari beberapa daerah di Tebing Barat.

Di Ramallah, tentera Zionis menculik isteri tahanan Tareq Barghout selepas memecah masuk dan menggeledah rumahnya.

Sementara di Beit Lahm, tentera Zionis menculik Uday Abu Nassar dan Ahmad al-Saifi serta mengarahkan Ahmad Abu Mefreh dan Majd al-Shaer hadir ke pusat interogasi.

Dua orang pemuda, Khalil Hawil dan Mohammed Zeidat diculik di Jenin dan al-Khalil, sementara Ehab al-Qawasmeh diarahkan hadir ke pusat interogasi.

Dalam kejadian di Nablus, tentera Zionis memecah masuk serta menggeledah rumah penduduk dan merampas wang tunai berjumlah 4,000 Shekel.

Tentera Zionis turut menggeledah rumah seorang syuhada Palestin di Qalqilya.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts