Tentera Zionis culik seorang lagi kanak-kanak dari keluarga Tamimi

RAMALLAH, 8 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menyerbu perkampungan Nabi Saleh di Ramallah, dan menculik kanak-kanak Mohammad Bassem Tamimi, 15, selepas memecah masuk dan menggeledah rumahnya.

Tentera menggeledah rumah mereka secara ganas, merosakkan barangan dan perabut.

Ketika Mohammad Bassem mengenakan pakaian, ibunya Nariman Tamimi menasihati beliau supaya tidak mejawab sebarang soalan tanpa kehadiran peguam dan tidak menandatangani sebarang dokumen. Beliau dilarikan oleh tentera Zionis selepas memeluk semua ahli-ahli keluarganya.

Seorang lagi ahli keluarga mereka, Moayyad Hamza Tamimi, diculik selepas tentera Zionis memecah masuk sebuah rumah lain.

Keluarga Tamimi menjadi sasaran tentera Zionis kerana peranan mereka menganjur bantahan secara aman di Nabi Saleh.

Ahed Tamimi telah beberapa kali ditangkap dan dikurung dalam penjara tentera Zionis selama lebih enam bulan, selepas menampar seorang askar Zionis yang memasuki kawasan rumahnya. Sepupunya, Mohammad, pecah bahagian depan tengkoraknya dan mengelamai kecederaan otak selepas tembak oleh tentera Zionis.

Pada bulan Jun 2018, seorang lagi ahli keluarga mereka, Izz al-Deen Tamimi, 21, ditembak mati selepas dituduh membaling batu ke arah tentera.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts