Tentera Zionis culik siswa ketika meraikan pembebasan rakan

AL-KHALIL, 25 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis hari ini mencederakan beberapa orang siswa dan menculik salah seorang daripada mereka di Universiti Teknikal Palestin – Kadoorie, kampus al-‘Arroub di utara al-Khalil.

Siswi Ibtihal Khader Ibreiwish, 20, yang berasal dari bandar Beit Kahil di barat laut al-Khalil diculik ketika keluar meninggalkan kampus tersebut.

Tentera Zionis melepaskan tembakan peluru getah, gas pemedih mata dan grenad pelali ke arah pelajar dan penduduk awam ketika mereka meraikan pembebasan tujuh orang siswa Kadoorie dari kem-kem tahanan Zionis.

Seorang penduduk terkena tembakan peluru getah dan sebilangan yang lain mengalami sesak nafas.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts