Tentera Zionis culik warga emas berumur 92 tahun

BEIT LAHM, 28 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik warga emas Ali al-Wahsh, 92, setelah memecah masuk dan menggeledah rumahnya di kawasan al-Balou’ di bandar al-Khader, selatan Beit Lahm, jam 5:00 pagi tadi.

Menurut kenyataan anaknya Ahmed, peronda tentera menggeledah rumah mereka sebelum memaksa semua penghuninya keluar. Kemudian bapanya diculik dan dilarikan ke pusat tahanan Kiryat Arbaa.

Tentera Zionis turut merampas sepucuk senjata api milik mangsa, yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Palestin untuk kegunaan beliau semasa bekerja.

Ali adalah seorang tokoh yang sangat dikenali di Tebing Barat, di mana beliau banyak menyelesaikan isu masyarakat khususnya berkaitan pertelingkahan keluarga. Beliau yang menghidap penyakit prostat mempunyai 18 orang anak lelaki dan lebih 100 orang cucu.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts