Tentera Zionis Culik Wartawan Palestin

boshraRAMALLAH, 2 Julai 2014 (Al-Ray | IMEMC) — Seorang wartawan wanita Palestin telah diculik awal pagi ini apabila puluhan tentera Zionis menceroboh masuk rumah beliau di Um ash-Sharayet di bandar al-Beireh di tengah Ramallah.

Puluhan tentera dilaporkan mengepung rumah tempat tinggal Sheikh Jamal Tawil sebelum memecah masuk dan menculik anak perempuannya, Boshra, 24 tahun. Boshra merupakan jurucakap kepada rangkaian Aneen Al-Qaid Media, sebuah agensi berita tempatan yang melaporkan berita tentang tahanan Palestin.

Sheikh Tawil merupakan seorang pemimpin Hamas di kawasan tersebut.

Tentera Zionis menghalang wartawan tempatan daripada memasuki kawasan tempat kejadian dan menyerang beberapa wartawan dan jurukamera daripada Royal Jordanian News Agency.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts