RAMALLAH, 22 Ogos 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis mencuri wang berjumlah 1,198 Dinar Jordan (RM 6,842) dari isteri ketua himpunan tokoh-tokoh bebas di Tebing Barat, Khalil Assaf, setelah menahan beliau selama beberapa jam ketika dalam perjalanan ke Jordan melalui lintasan al-Karama.
Tentera Zionis menahan Khalil Assaf bersama isteri dan anak-anaknya di al-Karama, dan memeriksa mereka sebanyak dua kali. Mereka kemudian menangkap isterinya dan membawa beliau ke balai polis di Maale Adumim, di mana beliau ditahan sehingga jam 3:00 pagi.