Tentera Zionis dakwa berjaya rampas mesin membuat senjata di Tebing Barat

NAZARET, 23 Ogos 2016 (PIP) — Tentera penjajah Zionis mendakwa mereka telah menggeledah tujuh buah “bengkel membuat senjata” di Beit Lahm dan al-Khalil di selatan Tebing Barat awal pagi tadi.

Dalam operasi yang dikatakan paling besar sejak awal tahun itu, sebanyak 22 buah mesin besi dan 50 pucuk senjata dirampas. Dua orang penduduk Palestin ditangkap untuk disiasat atas tuduhan membuat dan menjual senjata.

Lima batalion tentera yang dibantu oleh pasukan polis dan perisikan Shin Bet menjalan operasi dari jam 1:00 hingga 5:00 pagi itu. Rejim Zionis mendakwa sebanyak 30 serangan bersenjata telah dilakukan ke atas pendatang Yahudi sejak awal tahun ini, dengan menggunakan senjata buatan tempatan dari Beit Lahm dan al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts