Tentera Zionis dan keluarga Elor Azarya ugut aktivis Palestin

AL-KHALIL, 4 Jan 2017 (MEMO) — Aktivis Emad Abu Shamsiyya yang merakam aksi askar Zionis, Elor Azarya, menembak mati Abd Al-Fatah Al-Sharif yang terbaring cedera parah di atas jalan pada bulan Mei lalu diugut bunuh selepas beberapa orang ahli keluarga Elor memecah masuk rumah beliau.

Tindakan ganas itu dibuat selepas mahkamah Zionis menjatuhkan Elor bersalah membunuh secara sengaja tanpa sebarang alasan.

Emad menerima ratusan ugutan bunuh daripada pendatang Yahudi sejak rakaman tersebut tersebar luas. Keluarga Elor turut mengugut serta cuba menyuap rasuah supaya Emad hadir ke mahkamah dan menukar kenyataan beliau berkaitan rakaman tersebut. Semua tiga orang hakim mengesahkan bahawa rakaman yang dibuat oleh Emad adalah sahih dan boleh dijadikan sebagai bahan bukti.

Hari ini, tentera Zionis mengepung rumah Emad dan menghalang jurnalis serta penyokongnya memasuki kawasan rumah sepanjang sesi perbicaraan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts