Tentera Zionis dan Mesir serang nelayan Gaza

GAZA, 2 Apr 2019 — Tentera laut penjajah Zionis tengahari tadi menyerang beberapa buah bot nelayan Palestin di perairan wilayah Gaza Tengah, sementara tentera Mesir menyerang dan menculik empat nelayan lain di selatan Gaza.

Dalam kejadian di Gaza Tengah, tentera Zionis mengejar beberapa buah bot nelayan yang sedang belayar kurang dua batu nautikal dari pantai, sedangkan mereka dibenarkan belayar menangkap ikan sehingga 15 kilometer nautikal. Tentera kemudian menyerang mangsa dengan semburan air najis dan kimia.

Sementara di Khan Younis, selatan Gaza, tentera Mesir mengepung sebuah bot nelayan Gaza yang sedang belayar 250 meter dari perairan Mesir. Tentera merampas bot mereka dan menculik tiga nelayan, Mos’ab Qannan, 23, Khaled Qannan, 26, dan Ra’fat Qanna, 43.

Tentera Mesir turut menculik seorang lagi nelayan, Soheib Abu Salmiya, selepas menembak botnya di perairan Rafah, selatan Gaza.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts