Tentera Zionis Dan Pendatang Yahudi Serang Muazin, Halang Laungan Azan

AL-KHALIL, 3 Dis 2015 (PIC) — Tentera Zionis dan pendatang Yahudi di kota Al-Khalil secara berterusan menghalang laungan azan di Masjid Ibrahimi.

Laporan Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin mendedahkan bahawa pendatang Yahudi yang dikawal dan dilindungi oleh pasukan tentera telah beberapa kali menyerang dan menghalang muazin daripada memasuki bilik azan sepanjang bulan November lalu.

Sejak awal tahun ini sebanyak 575 kali laungan azan dihalang di Masjid Ibrahimi, samada kerana serangan pendatang Yahudi ataupun sambutan perayaan mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts