Tentera Zionis diajar melayan penduduk Palestin seperti kambing atau lembu

AL-KHALIL, 5 Sep 2016 (DoP) — Seorang askar wanita Zionis mendedahkan beliau dan pasukannya melayan penduduk Palestin dengan cara yang hina, seolah-olah mereka bukan manusia.

Dalam rakaman video yang diterbitkan oleh pertubuhan Breaking the Silence, askar Gil Hillel dari pasukan Polis Peronda Tentera Zionis di al-Khalil menceritakan bagaimana mereka menculik penduduk Palestin dari rumah mereka di tengah malam, dan kemudian mengheret mereka ke penjara.

“Saya tidak beri mereka makan dan minum sepanjang hari,” kata beliau. “Kalau boleh, saya akan ketatkan lagi ikatan tangan mereka.” Beliau juga menampar para tahanan, memukul mereka di bahagian kepada, menyepak dan memaki mereka.

Hillel mengakui bahawa tindkaan pasukannya itu telah menukar beliau menjadi seorang yang bersikap ganas, dan tidak sedikitpun peduli untuk memukul atau mendera penduduk Palestin.

“Begitulah caranya tahanan Palestin dilayan. Tangan dan kaki mereka diikat dengan kain,” cerita beliau lagi. “Saya layani mereka dengan hina sekali. Kami ikat tangan, kepala dan kaki mereka… seolah-olah saya sedang membawa sekumpulan kambing atau lembu.”

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts