Tentera Zionis diarah tembak penduduk Gaza dalam zon 300 meter dari sempadan

GAZA, 4 Apr 2018 — Tentera penjajah Zionis meningkatkan operasi bagi mengekang perhimpunan di sempadan Gaza dengan arahan supaya menembak penduduk Palestin yang disyaki bersenjata dalam kedudukan 300 meter dari pagar sempadan.

Arahan tersebut turut mengancam perserta perhimpunan ditembak sekiranya berada pada jarak 100 meter dari pagar. Tentera membina benteng pasir dan memasang lebih banyak kawat duri, serta mengeluarkan arahan untuk menangkap sesiapa yang cuba melintas sempadan.

Kumpulan pemuda Palestin dikatakan mengumpul tayar-tayar di sepanjang sempadan untuk dibakar bagi mengganggu penglihatan tentera Zionis. Mereka turut mengumpul cermin bagi mengganggu tentera penembak tepat.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts