Tentera Zionis dikerah ke kawasan Ramallah selepas insiden cubaan melanggar askar

RAMALLAH, 12 Jun 2016 (Maan) — Pasukan tentera Zionis dikerah ke kawasan Ramallah, di mana mereka menutup laluan ke kawasan perkampungan Palestin dalam operasi mencari suspek yang didakwa kononnya cuba melanggar tentera Zionis petang semalam.

Dalam kejadian di jalan utama berdekatan perkampungan Deir Abu Mashal itu, tentera Zionis menembak kereta berpendaftaran Palestin terbabit namun pemandunya berjaya melarikan diri.

Tidak ada sebarang kecederaan di pihak tentera Zionis.

Tentera Zionis turut membina sekatan jalan di laluan masuk perkampungan sekitar Ramallah termasuk Deir Abu Mashal, Abud, Nabi Salih, Umm Safa, Deir Nidham, Atara, Ein Siniya, dan kem pelarian al-Jalazun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts