Tentera Zionis disaman kerana pencemaran radiasi Iron Dome

GURUN NAQAB, 22 Julai 2020 — Tentera penjajah Zionis disaman oleh penduduk sebuah komuniti petani di utara Gurun Naqab, kerana tahap radiasi yang terlampu tinggi dan merbahaya dari penggunaan sistem pertahanan Iron Dome.

Penduduk menuntut gantirugi sekitar USD1.3 juta atas tindakan pihak tentera penjajah memasang Iron Dome di kawasan kebun seorang penduduk sejak enam tahun lalu, tanpa mendedahkan risiko radiasi yang membahayakan kesihatan mereka serta menyekat sumber mata pencarian harian.

Sistem yang didanai oleh Amerika itu dipasang pada tahun 2012. Lima tahun kemudian, penduduk dilarang mendekati kawasan seluas kira-kira 2.5 ekar itu atas alasan radiasi yang terlampau tinggi.

Para penduduk tidak pernah diberi pampasan walaupun pernah dijanjikan oleh Kementerian Perang Zionis.

Tahun lalu, pelbagai pihak melahirkan kebimbangan terhadap sistem Iron Dome apabila sekitar 30 orang anggota tentera Zionis, yang kebanyakannya bertugas untuk sistem tersebut, berhadapan dengan masalah kanser.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts