Tentera Zionis duduki bangunan milik penduduk Palestin di Nablus

NABLUS, 27 Jun 2016 (PIC) — Tentera Zionis petang semalam menduduki sebuah bangunan milik keluarga Abu Farouk di bandar Hawara di selatan Nablus.

Sekitar 50 orang askar memecah masuk bangunan tersebut dan memaklumkan pemiliknya bahawa mereka akan duduk di situ selama tiga hari, tanpa memberi sebarang alasan.

Beberapa bangunan lain di bandar tersebut turut diduduki oleh tentera Zionis sepanjang beberapa hari lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts