Tentera Zionis duduki rumah Palestin, bertempur di Jenin

JENIN, 20 Dis 2015 (PIC) — Pertempuran tercetus di bandar Yabad di selatan Jenin apabila tentera Zionis menceroboh masuk bandar tersebut dan kemudiannya menduduki sebuah rumah penduduk untuk dijadikan pusat peninjau tentera buat kali ketiga dalam tempoh dua hari.

Tentera sekali lagi menyerang dan memukul ahli keluarga Yahya Abu Shamla sebelum menduduki rumah mereka untuk dijadikan pusat peninjau.

Tentera Zionis turut membina sebuah sekatan tentera di jalan masuk bandar tersebut, menyekat pergerakan keluar masuk penduduknya.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts