Tentera Zionis geledah rumah, culik 16 penduduk Palestin

NABLUS, 23 Jan 2019 — Tentera penjajah Zionis melancarkan kempen memecah masuk rumah-rumah dan menculik sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin yang dituduh terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Pertempuran sengit tercetus di Nablus apabila tentera Zionis bersama pasukan anjing pengesan menggempur penduduk di kem pelarian Balata. Beberapa panduduk diculik selepas tentera memecah masuk rumah mereka, termasuk kanak-kanak Mootaz Husain, 14.

Sementara di Baitulmaqdis, tiga penduduk iaitu Abed al-Qader Dari, Muhammad Sharif Muhsen, dan Muhammad Mahmoud Atiyeh diculik dari rumah-rumah mereka di perkampungan al-Issawiya. Manakala pemuda Bilal Mteir diculik dari bandar Hizma di timur laut Baitulmaqdis.

Tentera Zionis turut memecah masuk rumah-rumah di wilayah al-Khalil, Beit Lahm dan Jenin serta menculik beberapa orang penduduk.

Dalam kejadian di Salfit, tentera Zionis menampal poster-poster mengugut hukuman berat ke atas penduduk yang terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Mereka menutup laluan utama ke bandar Azzoun di timur Qalqilya sepanjang malam, sehingga mencetus pertempuran dengan penduduk.

(PIC, Maan, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts