Tentera Zionis Geledah Rumah, Culik Kanak-Kanak Palestin

TULKAREM, 19 Nov 2017 — Tentera Zionis menculik lapan penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dalam operasi di wilayah al-Khalil, Ramallah dan Tulkarem awal pagi tadi.

Pada masa yang sama puluhan pendatang Yahudi yang diiring oleh pasukan tentera Zionis menyerbu masuk makam Nabi Yunus dan melakukan ritual Talmud sehingga mencetus ketegangan di situ.

Remaja Malek Bassam al-Teit, 19, serta dua kanak-kanak Mohamed Basaam Ikhleil, 12, dan Bashar al-Teit, 16, diculik dari rumah mereka di bandar Beit Ummar di utara wilayah al-Khalil.

Pertempuran juga berlaku di kota Tulkarem apabila tentera Zionis menyerbu dan menyerang penduduk Palestin yang sedang mengadakan demonstrasi dengan tembakan gas pemedih mata. Beberapa orang dilaporkan cedera sesak nafas.

Tentera Zionis turut menyerbu masuk kem pelarian di Tulkarem dan menculik dua remaja, Asid Ka’biya dan Basel al-Belidi, selepas memecah masuk dan mengeledah rumah mereka.

Mereka juga memecah masuk rumah bekas tahanan Abdullah al-Aliemi di kota Tulkarem sebelum memusnahkan rumah tersebut, sehingga mencetus suasana panik di kalangan penduduk.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts