Tentera Zionis geledah rumah, culik penduduk di Tebing Barat

NABLUS, 13 Mac 2016 (PIC) — Beberapa penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis awal pagi tadi di seluruh Tebing Barat dan al-Quds.

Tentera penjajah memasuki kota Nablus dan menculik Dhiaa Akoub, 21 tahun, setelah menggeledah rumah keluarga beliau.

Mereka seterusnya memasuki bandar Qurata di selatan Nablus dan menggeledah rumah-rumah penduduk di situ.

Mahmoud Azawi, 22 tahun, diculik dari rumah keluarganya di bandar Yabad di selatan Jenin. Tentera menutup laluan masuk utama ke Yabad setelah lebih 10 jip tentera memasuki bandar tersebut. Tentera menggeledah bangunan atas alasan senjata api telah ditemui di kawasan tersebut.

Manakala di Beit Lahm, tentera penjajah menculik pengerusi Persatuan Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin, jurnalis Muhammad Hmeida Zaghloul dan dua orang lagi pemuda. Mereka turut menangkap Khaled al-Fasfou, iaitu abang kepada tahanan Mahmoud al-Fasfou yang sedang menjalankan mogok lapar di dalam penjara. Manakala seorang lagi pnduduk Salim Fakoused juga ditangkap setelah tentera penjajah merampas kereta beliau.

Operasi tentera Zionis diakhiri dengan menculik dua lagi pemuda Palestin di kem pelarian Qalandiya di al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts