Tentera Zionis geledah rumah-rumah di Tebing Barat, culik 10 penduduk

RAMALLAH, 11 Mac 2019 — Tentera penjajah Zionis awal hari ini menculik sekurang-kurangnya 10 penduduk Palestin termasuk bekas tahanan, selepas memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah mereka di Tebing Barat.

Seramai empat penduduk iaitu Abed al-Rahman Ahmad Shihadeh, Muhammad Raed Anqawi, Muhammad Jibril Abu Qabita, dan Zahir Hatem Huwayeh diculik dari Ramallah.

Manakala di Nablus, Muhammad al-Shtawi dan dua bekas tahanan Muntaser Mustafa al-Shanar, 27, dan Abed al-Kareem Anwar Muna, 28, diculik.

Sementara Suleiman Nasser Abdullah diculik dari bandar Deir Ballut di barat Salfit, dua yang lain iaitu Muhammad Jamal Jumaa, 27, dan Mahmoud Adnan Abdullah diculik dari Tulkarem.

(Maan, PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts